Thursday 19 September 2013

Motherhood

Teka, Damia ada dalam stroller tu ke xde?? wink

Siang malam hidupku untuk Damia, semua benda nowadays untuk Damia. Malam tidur pun terjaga sebab sometimes Damia lapar. Bila dah feed, dia poo poo pulak. Betul memang menguji kesabaran. Seawal jam 5am dia dah bangun, aga aga erh erh dia berbunyi. Good girl Damia, mama tak perlu pasang alarm clock lagi. Time sekarang ni, dapat tidur even 5 minit tanpa gangguan adalah sangat bermakna.

No wonder ada hadith sahih mengatakan, siapa yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi? Ibu, ibu, ibu selepas itu baru bapa.

Dulu before ada anak 'time sekarang if u nak beli apa, beli je, nanti ada anak semua fikir untuk barang anak je' Exactly. Dulu pergi shopping cari barang, makeup kita but sekarang ni semua Damia. Paling teruk lagi, if plan nak pergi shopping tu memang plan nak beli barang mama or papa in the end we all shopping barang Damia without beli 1 pun barang we all.  

"Damia tak bersalah mama! You all yang nak shopping barang Damia" Maybe antara dialog Damia if dia pandai cakap. Hihi.

But...

Semua tu tak kisah bila tengok mata Damia, hati jadi cair, keletah dia, senyum, cooing dengan kita buat semua penat lelah tu hilang. Pukul 3 4 pagi smiling, agaga anana bercerita bahasa dia buat kita rasa bahagia. Please I want this moment kekal abadi.

Alhamdulillah diberi perasaan kasih sayang macam ni. Betul kata Mr.Fand 'hidup lagi lengkap dengan kehadiran baby D' 

At the same time..

Baru kita tahu mak kita jaga masa kecik sama, tidur tak lena sebab nak pastikan kita ok. Nyamuk gigit pun terus pasang kelambu (style orang dulu-dulu). Then dah besar ni, sometimes terkasar cakap dengan mak pun mak masih sayang kat kita. No boundries.

I love u mak!

Wednesday 18 September 2013

Daddy's Girl


Last night tak tau kenapa si cinonet ni tak nak tidur. I memang dah mengantuk sangat, sejak jadi mak ni pukul 9 pun dah mengantuk 9.45 siap-siap nak tidur dan kadang tuh dah tidur. Kalau ada yang nak order shawl tu please awal ye before pukul 9 tu dah whatsapp or email. Kalau tak pukul 3 4 pagi lah I reply kang terkejut plak u oll. Or pagi-pagi baru reply. 

Ok nak cerita kat sini pasal daddy's girl ni sebab Damia ni memang copy cat Mr.Fand. Orang kata 'Fand junior, muka papa dia' adalah ayat yang biasa we all dengar. If ada someone yang cakap Damia muka wawa i'll be the happiest person siap cakap yes! yes! lagi. Sebab dalam  10:1 je gonna say that.

Boo kat mama.

Comparing her eyebrows, eyes, mulut, dagu, memang obviously Mr.Fand. If you all nak tau Mr.Fand masa kecik memang tembam, pipi labuh macam Damia. Time sekarang je pipi dah kecut. hahaha. Hidung pun sebijik macam papa dia masa kecik tapi sekarang je hidung mancung sangat. I akan mintak my MIL picture Mr.Fand time baby untuk compare Damia vs Papa. 

Untuk sedapkan hati mama 'ha i know, Damia ikut mama part peha yang berketak2 tu' sambil cubit-cubit peha Damia yang gebu tu.

Pfftttt..

Tuesday 17 September 2013

Saya Mak Orang

Nowadays, selalu orang tanya, 'u dah kawin ke?' 'yes dah, dah ada anak lagi' 'oh really?'

Dulu-dulu masih single if orang tanya 'u dah kawin?' 'belum lah' dalam hati  terasa muka/style dah tua ke ingat orang dah kawin? Please lah? Balik tu siap bagi tau mak lagi protes tak puas hati orang tanya macam tuh. Ntah apa-apa perangai #self reminder

But now, nak cakap apa, silakan. Saya memang mak orang. Mama kepada Nia Ariana Damia yang comel tuh. :) 
 
Bukti mak orang sebab pakai lipstick kaler pekat-pekat. hihi #ada aku kisah




 

Lipstick MAC Flat Out Fabulous
Shawl Tribal White by WAFFAA
Blouse by FOREVER21
Maxi Skirt by MANGO

Wednesday 11 September 2013

LOOK POST: GLITTER SHAWL





Mata layu pun still nak ber OOTD.. (^_^)

WAFFAA ACCESSORIES (coming soon)
Cardigan time pregnant from HOUSE OF DOLL

Friday 6 September 2013

Kenangan Hari Raya

Tajuk pun dah tukar dari Selamat Hari Raya to Kenangan Hari Raya. Nampak sangat bz jadi mama ni, dah lebih bulan Syawal baru nak update pasal raya. Nak jugak update kan.

Pengalaman pertama beraya bersama dengan Damia, antara experience dalam hidup I yang tak boleh nak lupa. Seronok, riuh, busy, penat semua feeling ada bila ada baby ni. Hari raya jadi lebih bermakna, lagi semangat tau nak pergi beraya bila ada baby ni. Kalau dulu berdua pergi beraya pun macam malas-malas je, bukan sebab nak dapat duit raya tapi seronok tengok sedara mara jumpa dengan Damia. Seriously, happy dengan kehadiran Damia.  

Pergi shopping kalau dulu sibuk cari barang kita, baju, handbag, kasut but sekarang lagi sibuk cari barang Damia. Baju dia lebih dari 20 pasang. Baju we all 1 pasang je, itu pun hujung-hujung Ramadhan baru nak pergi cari. Nampak tak keterujaan we all bila ada baby sampai kelengkapan diri pun dan tak dan je. 

Pergi beraya pun sibuk kena siapkan barang macam diapers, baju, handkerchief. Sampaikan baju and tudung kita pun dah bau Damia. Nasib anak mama nih wangi.

So ni antara gambar kenangan hari raya bersama. 


 


Ni pulak Damia bersama baju-baju raya dia. Yup time ni belum basuh lagi, tu yang tag tak tanggal lagi. :)

 
Yayy! mama belikan baju Damia banyak!! 
A'ah memang banyak, sampai sekarang pun ada yang tak pakai lagi. 


Damia oh Damia, semua hidup mama dengan papa sekarang hanya untuk Damia. 

Thursday 5 September 2013

Persiapan Damia Ke Nursery

Persiapan atau kata lain barang-barang yang perlu disediakan untuk anak mama ni. Semua kalau boleh I nak Damia pakai barang sendiri. Betul ada teacher cakap kat sini (nursery)pun ada disediakan itu ini, but I strictly nak Damia pakai semua barang dia sendiri tak nak campur. Bukan apa selain dari mama awak yang cerewet ni D, I nak kebersihan di utamakan. Macam botol susu, I nak teacher pulangkan, letak dalam bag semula tak kisah botol bersih atau kotor. Biar I balik cuci and steril kan. Esok pagi bagi botol yang bersih and kering pada teacher. Towel pun letak je dalam bag kotor. Hari-hari tukar towel pun mama ok. Satu bundle dah I beli towel untuk Damia. 

Antara barang yang I dah sediakan for Damia

Towel
Bedak
Minyak angin
Shower gel
Mamy Poko
Losyen badan
Blanket
Tilam
Bantal kepala
Bolster
Botol susu
Susu
3 set baju pakaian harian
2 set pakaian tidur
  Toys 

It's ok nursery dengan workplace dekat je. Putrajaya pusing-pusing kat situ gak. If ada barang tertinggal senang je nak amik. Time lunch hour jenguk D pun ok.. :) 

Active sangat Damia sekarang.

 
Pipi montel yang selalu kena kiss




Keletah Damia buat mama rindukan dia selalu.

 

I love u sayang


Wednesday 4 September 2013

Look Post: Pastel



Lama dah tak amik gambar diri sendiri, kenapa? takut tak boleh terima kenyataan tengok badan sendiri ke? kot2 dah lari alignment.. hahaha. Alhamdulillah, I lost 15kg masa pantang. Betul-betul pantang, dan maybe breastfeed yang bagi turun banyak nih. Ramai yang cakap time confinement memang berat turun, takut lepas tu je berat akan naik bagaikan di pam pam. 
oh no way!





Check it out for WAFFAA CHIFFON & COTTON SHAWL yang still available.

Tuesday 3 September 2013

Kerja, Nursery & Damia

My maternity leave ends tomorrow. So I akan start kerja esok after 4 months cuti. Selama 4 bulan tu takde berjauhan dengan Damia, tinggal pun dengan mak dari tengah hari ke petang je. Itu pun dah rindu sangat. Adoi ini nak pergi kerja 8hours tanpa Damia disisi. I can't imagine that! 

Stop wawa! Being drama queen. 

That mean start hantar baby D to nursery. Macam ibu-ibu lain jugak, mesti drama queen jugak kan. Drama anak tak menangis mak yang lelebih. Kalau ikutkan hati memang nak sangat duduk rumah jaga anak. Dah try usulkan isu ini pada Mr.Fand, but awal-awal kena reject. Kita kerja sama-sama, susah senang bersama, lebih kurang ayat dia macam tu lah. :)

Banyak baca/dengar cerita dari blog / akak office, anak kat nursery kena itu, ini. Sebagai ibu of cos ada terkesan kan tapi tawakal je, harap takde apa yang tak best terjadi. Semalam dah try jumpa teacher kat sana, alhamdulillah semua ok, muka pun nampak lembut je. Memang harap ok tak perlu nak tukar nursery lain. 

Harap anak mama boleh try berdikari and sesuaikan keadaan kat nursery nanti. 





Siap sedialah teacher semua dengan perangai Damia nih. Hiks. 

 

INSTAGRAM @WAWATASLIMAN

Followers